Wednesday, June 8, 2011

SELAMAT HARI GURU

 Pada 16hb Mei 2011 yang lalu seperti tahun-tahun sebelumnya pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
 Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan  dikalangan guru-guru dan kakitangan. Dengan kerjasama dari semua pihak segala aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Badan kebajikan kerana telah berjaya melaksanakan dengan jayanya dan tidak lupa kepada guru-guru yang menberikan kerjasam yang sepenuhnya.

Semoga semua guru dapat terus berkhidmat dengan cemerlang mendidik pelajar kearah kecemerlangan di dunia dan akhirat








Wajah-wajah ceria guru-guru Sek.Keb.Serting Ulu.