Sambutan dan perlaksanaan aktiviti - aktiviti bulan kecedasan di seluruh Negara akan berlangsung dari 1 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011 dengan bertemakan 1 MALAYSIA 1 KECERDASAN .
Sekolah kami akan mengadakan sambutan bulan kecedasan ini serentak dengan negeri-negeri lain pada 9 Julai 2011 bersamaa hari Sabtu. Semua guru-guru dan murid SKSU diwajibkan hadir bagi menjalankan Program Bulan Kecerdasan kementerian Pelajran Malaysia 2011
Tuesday, July 5, 2011
Saturday, July 2, 2011
1Murid 1Sukan 1Malaysia
Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah telah menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 2 Julai bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.
Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.
“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
Maklumat lanjut mengenai larian tersebut boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.
Seramai lebih kurang 250 orang murid dari SKSU dan semua kakitangan SKSU telah mengambil bahagian dalam larian ini. Selaian dari larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pihak sekolah juga ada menganjurkan aktiviti-aktiviti lain seperti Permainan Bola Jaring, Memanah, Bola Sepak untuk kakitangan , murid dan tidak ketinggalan penjaga murid.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)